Monday 7 September 2015

Bab 6 Tutorial

6.1 Isu Pendidikan
1.  Kesantunan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid. Bincangkan ciri-ciri kesantunan yang perlu diamalkan berdasarkan petikan di atas.
Ciri-ciri kesantunan yang perlu diamalkan berdasarkan petikan di atas ialah nilai hormat-menghormati dan nilai rasional. Guru merupakan seorang insan yang mulia dan mencurah bakti tanpa rasa jemu. Pelajar-pelajar harus memahami watak yang dimainkan oleh guru dan menghormati mereka dengan sepenuhnya. Pelajar-pelajar tidak harus terikut-ikut dengan perasaan dan nafsu dan membelasah guru tersebut. Pelajar-pelajar tersebut mesti melakukan sesuatu yang melanggar peraturan sekolah ataupun melakukan sesuatu yang keterlaluan yang menyebabkan mereka ditegur oleh guru. Mereka harus menerima teguran dengan sikap keterbukaan supaya dapat memperbaiki kelemahan sendiri. 

2.  Kesantunan berbahasa perlu dikuasai oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru mampu mengawal tingkah laku muridnya. Bincangkan ciri-ciri kesantunan yang perlu diamalkan oleh guru bagi mengelakkan kejadian seperti petikan di atas.
Antara ciri-ciri kesantunan yang harus diamalkan oleh seseorang guru untuk mengelakkan kejadian seperti di petikan atas ialah sikap kesederhanaan. Apabila menegur pelajar-pelajar, kesantunan berbahasa juga mesti diambil perhatian. Pengggunaan bahasa yang keterlaluan akibat kemarahan akan menyebabkan pelajar-pelajar yang ditegur tidak sedap hati. 


6.2 Isu Media
1.  Ulas petikan di atas dengan mengaitkan dengan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Televisyen merupakan satu daripada alat elektronik yang menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Kita tidak boleh menafikan bahawa televisyen sudah menjadi satu bentuk komunikasi dan penyalur maklumat yang utama kepada rakyat jelata Malaysia sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Rancangan-rancangan dan program-program yang ditayang di televisyen telah memberi implikasi terhadap kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Wayang-wayang Barat barangkali mengandungi babak yang mengandungi unsur-unsur yang ganas ataupun lucah. Kanak-kanak dan remaja yang masih belum matang akan dipengaruhi oleh kata-kata yang diucap oleh watak-watak dalam wayang-wayang tersebut. Ini akan menyebabkan mereka mengeluarkan kata-kata yang kesat kerana mereka beranggapan bahawa kata-kata tersebut dapat menunjukkan kehebatan mereka. 

6.3 Isu Gejala Sosial 
1. Ponteng Sekolah


Cara mengatasi masalah-masalah ini:
1.      Ibu bapa harus mendidik dan memberi kasih sayang yang mencukupi kepada anak mereka
2.      Guru kaunseling harus memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar yang bermasalah
3.      Peraturan sekolah mesti diketatkan dan hukuman yang berat harus dijatuhkan kepada sesiapa yang didapati melanggar peraturan sekolah
4.      Pihak sekolah harus mengadakan aktiviti yang seronok untuk menarik minat pelajar
5.      Isu ponteng sekolah perlulah dibangkitkan semasa mesyuarat PIBG supaya pendekatan yang sesuai dapat dibincang bersama seterusnya dilaksanakan

2. Penyalahgunaan Dadah
Cara-cara mengatasi penagihan dadah yang lebih berkesan:
1.      Ibu bapa harus meluangkan lebih banyak masa dengan anak mereka
2.      Pihak sekolah harus mengadakan taklimat motivasi diri
3.      Pemantauan yang kerap dan berterusan
4.      Pihak polis harus kerap menjalankan operasi supaya boleh membanteras jenayah penyalahgunaan dadah dengan lebih efisien
5.      Kerajaan harus mengadakan kempen anti dadah
6.      Kerajaan harus membina lebih banyak pusat pemulihan supaya penagih dadah dapat memulakan hidup yang baru
7.      Penguatkuasaan undang-undang

Negara Malaysia telah menghadapi pelbagai masalah kerana banyak masalah sosial telah timbul umpama cendawan selepas hujan. Terdapat isu mat rempit, isu vandalism, isu gangsterisme dan pembuangan bayi.

1)      Anda telah membaca isu-isu gejala sosial yang telah melanda negara kita pada masa sekarang. Buat perbincangan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh negara pada masa akan datang sekiranya gejala sosial ini tidak ditangani dengan berkesan.

Antara kesan-kesan yang akan dihadapi dalam negara pada masa akan datang ialah negara tidak akan tenteram kerana terdapat banyak gejala sosial yang berlaku setiap hari. Rakyat tidak dapat hidup dengan aman dan damai. Dengan ini, pelaburan dari negara luar akan berkurangan atas sebab mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap negara kita lagi. Selain itu, bidang pelancongan turut menurun jika negara tidak berada dalam keadaan yang sejahtera.


2)      Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah sosial yang melanda generasi muda pada masa sekarang.
Pada pendapat saya, cara yang paling berkesan untuk menangani masalah sosial pada masa sekarang ialah penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat supaya rakyat akan serik dan tidak lagi melakukan gejala negatif. Di samping itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengatasi masalah sosial dengan menengahkan ajaran agama dalam jiwa anak-anak. Akhir sekali, kempen mesti dilaksanakan oleh kerajaan supaya rakyat dapat sedar akan kesan negatif masalah sosial.

6.4 Isu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
1. Buat perbincangan tentang penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Penyalahgunaan teknologi maklumat yang dapat dilihat dengan paling jelas ialah melalui jenayah siber. Jenayah siber merupakan satu bentuk jenayah yang merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
1.      Penipuan
2.      Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer
3.      Kecurian maklumat
4.      Pengintipan
5.      Penyebaran virus
Jenayah siber sukar dibendung kerana penjenayahnya sukar dikenalpasti dan biasanya akan dibiarkan sahaja. “Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana dan dari mana,” Michael A. Vatis dari FBI. Penjenayah siber biasanya adalah golongan elit yang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap teknologi dan IT.

Bab 6: Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia




6.1 Isu Pendidikan
Sebagai seorang pendidik, guru mestilah bersabar dengan pelajar-pelajar. Jika terdapat salah faham yang timbul, ibu bapa and guru tidak boleh menyelesaikan masalah dengan menggunakan kekerasan. Kita mestilah sabar menggunakan jalan penyelesaian yang paling munasabah dan sesuai. Ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. 

6.2 Isu Media
Pada era globalisasi ini, media massa yang dapat meyalurkan maklumat terus kepada semua orang mempunyai kebaikan dan keburukannya. Misalnya, televisyen merupakan satu daripada alat elektronik ialah televisyen. Televisyen juga dijadikan alat propaganda menyampaikan dakyah-dakyah sama ada positif mahupun negatif. Televisyen dapat mempengaruhi penontonnya dalam cara berfikir dan kelakukuan mereka.
Pertama sekali, televisyen memainkan peranan dalam menggalakkan cara hidup materialism atau cara hidup yang seimbang dan luhur. Kedua, wayang yang ditayangkan menyentuh berkaitan perkembangan era dan cabaran perbandingan dengan Indonesia. Ketiga, kita harus memperlihatkan berapa mendalam filem tersebut menyentuh tentang persoalaan dan isu-isu masyarakat seperti agama. Keempat, komersial mempunyai kepentingan dan implikasi pengaruh pengiklanan yang mampu mengubah cita rasa. Terakhirnya, budaya dangkal yang mewujudkan sika kurang peka dan kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat. 

6.3 Isu Gejala Sosial
1. Gejala Ponteng Sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dikira memonteng sekolah sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan.
Ponteng sekolah merupakan satu perbuatan salah laku. Perbuatan ini juga satu perbuatan yang melanggar peraturan sekolah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.
Terdapat beberapa punca berlakunya ponteng sekolah seperti kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah, kurangnya kasih saying serta pemantauan daripada ibu bapa pengaruh rakan sebaya, mencari keseronokan, peraturan sekolah yang terlalu ketat dan tekanaan ekonomi.



2. Penyalahgunaan Dadah
Dadah merupakan sesuatu bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan pada mulanya. Tetapi, manusia telah menyalahgunakan dadah untuk tujuan yang salah. Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatnya. Penyalahgunaan dadah boleh memudaratkan kesihatan diri seseorang dan dalam kes yang lebih serius, ia mampu membawa maut.

Masalah yang ditimbul
  •   Menjejaskan prestasi pelajaran
  •  Gejala psikologi
  •  Vandalisme
  •  Gangsterime
  •  Menjejaskan kesihatan dan kebersihan diri

Cara mengatasi
  •  Pemantauan yang kerap dan berterusan
  •  Kaunseling
  •  Dorongan keluarga
  •  Manipulasi sekitaran
  •  Penguatkuasaan undang-undang yang ketat

3. Isu Mat Rempit
Gejala ‘mat rempit’ telah lama wujud dalam Malaysia. Gejala ini juga dipanggil sebagai ‘samseng jalanan’. Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalan raya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat.
               
Punca masalah
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Mengerjar keseronokan
  • Kurang didikan agama
  • Desakan naluri
  •  Cara hidup
  •  Kurang kasih sayang ibu bapa


Kesan daripada masalah
  •    Kes sosial
  •   Merugikan ekonomi negara
  •    Remaja yang berkepimpinan berkurangan

Langkah Mengatasi
  •  Memberi perhatian yang secukupnya
  • Penguatkusaan undang-undang
  •  Motivasi dan kaunseling

4. Isu Vandalisme
Vandalisme merupakan suatu tingkah laku merosakkan harta benda awam atau persendirian. Kebejatan ini tidak asing dan merupakan suatu gejala yang sentiasa berlaku di Malaysia

Faktor Berlaku
  •  Pengaruh rakan sebaya
  • Kurang perhatian daripada institusi kekeluargaan

Kesan-kesan
  •  Memburukkan imej negara
  • Bidang pelancongan menurun

Langkah Mengatasi
  • Penekanan agama
  •  Kasih sayang
  • Dorongan daripada keluarga
  • Mengadakan kempen
  • Memperketatkan undang-undang 
  •  Perhatian daripada keluarga

5. Isu Gangsterisme
Gangsterisme seolah-olah semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja.
              
Faktor Berlaku
  • Pengaruh rakan sebaya
  •  Globalisasi budaya luar
  •  Pergolakan keluarga


Langkah Mengatasi
  •    Pengwujudan rakan cop
  •    Pemilihan rakan dengan cermat
  •    Menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan
  •    Mengetatkan Mahkamah Juana 1947

6. Pembuangan Bayi
Sabaan hari, pelbagai berita berkaitan dengan pembuangan bayi dilaporkan dan bayi dijumpai di merata-rata tempat. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan terkutuk itu mereka sanggup membuang bayi yang tidak berdosa dengan harapan akan diberi peluang menjalani kehidupan baru.
              
Faktor-faktor
  •  Kurangnya didikan agama dalam diri
  •  Keruntuhan institusi keluarga

Kesan
  •  Bayi yang dibuang tidak mempunyai keluarga sempurna
  • Waris yang membuang bayi amat berdosa
  • Negara berkurangan generasi muda yang berkaliber

6.4 Isu Teknologi Maklumat dan Komunikasi 

Fungsi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan meningkatkan komunikasi dalam organisasi. Selain itu, guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya tahu menggunakan teknologi komunikasi. Di samping itu, pendidikan berjarak jauh boleh diwujudkan dengan menggunakan ICT. Seterusnya, pendidikan jarak jauh boleh diwujudkan dengan menggunakan ICT. Bahan juga dapat ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer supaya penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan. Selain itu, perdagangan elektronik digunakan secara meluas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Akhirnya, aktiviti perbankan dan pasaran juga boleh dijalankan.

Peranan Teknologi Maklumat
Di dunia yang semakin maju ini, teknologi maklumat memainkan peranan yang amat penting. Lebih-lebih lagi, arus globalisasi yang melanda seluruh dunia mengukuhkan lagi kepentingan teknologi maklumat kerana maklumat dapat disalurkan dengan mudah melalui Internet. Misalnya, media massa membuka minda rakyat melalui informasi yang ditayangkan dalam televisyen, Internet, radio dan sebagainya. Selain itu, teknologi maklumat menyebabkan maklumat disebarkan dengan luas dan cepat untuk menjimatkan waktu dan tenaga.

Kebaikan Teknologi Perhubungan Maklumat
·        Teknologi ICT menjimatkan masa dan kertas
·        Industri perbankan menawarkan sistem online dan memudahkan urusan pemindahan wang dan pembayaran bil dengan lebih mudah dan cepat

Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat
·        Menyebabkan rakyat terpengaruh dengan globalisasi budaya teknologi dari luar
·        Berlakunya gejala sosial seperti seks bebas, jenayah sosial, kes rogol dan sebagainya.
·        Jenayah siber

Isu-isu kesantunan berbahasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Kesantunan berbahasa semakin luntur dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Apakah isu-isu yang timbul daripada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi? Berikut adalah beberapa isu-isu yang harus diberi perhatian:
1.      Penggunaan kata-kata yang kasar untuk menunjukkan keakraban
2.      Campur aduk Bahasa Inggeris dalam pertuturan harian ataupun dalam penulisan
3.      Tidak menghormati orang yang lebih dewasa dengan tidak menggunakan kata gelaran yang tepat

6.5 Isu-Isu Tambahan
Antar isu-isu tambahan, yang paling penting ialah:
Isu sikap ibu bapa  dan masyarakat
Ibu bapa dan golongan pendidik merupakan securuk utama dan anjakan paradigma kepada kanak-kanak dan generasi muda yang akan datang. Namun, pelbagai masalah sosial telah pun timbul. Sesetengah ibu bapa bukan sahaja tidak memberi jaminan dan hak yang asas kepada anak mereka, malah mereka sanggup mendera, merogol dan membunuh anak mereka dengan tidak berperikemanusiaan. Ada beberapa buah artikel lagi seperti “ustaz biar suami merogol anak didakwa” and “ibu bapa bunuh anak sendiri, gagal bunuh diri”.
Ibu bapa dan guru tidak harus bertindak dengan terburu-buru atau terlalu terikut-ikut dengan perasaan. Kedua-dua pihak harus berganding bahu untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk generasi muda. 

Selain itu, pertembungan budaya juga menjadi satu isu yang baru. Berikut adalah senarai isu-isu yang mempengaruhi masyarakat Malaysia:
1.      Cara percakapan
2.      Hedonisma
3.      Fesyen barat
4.      Makanan & minimum barat
5.      Pergaulan bebas
6.      Judi dan arak

Bab 5 Tutorial

1)  Bincangkan bersama rakan anda tentang strategi kesantunan verbal, nonverbal, lisan dan penulisan.

a)      Strategi Kesantunan Verbal

Bahasa halus mesti digunakan sebagai tanda menghormati orang lain. Penggunaan intonasi yang sesuai juga mesti dilakukan dengan nada pengucapan yang rendah, lembut dan sesuai. Selain itu, kata ganti nama diri juga harus digunakan dengan baik untuk memberikand penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang. Panggilan yang tepat juga hendak digunakan untuk menobatkan status sosial seseorang.

b)      Strategi Kesantunan Nonverbal

Dalam strategi kesantunan nonverbal, pergerakan badan yang sederhana dilakukan untuk berkomunikasi supaya kita mampu menyampaikan mesej dengan lebih mudah dan difahami oleh orang lain.

c)      Strategi Kesantunan Lisan

Antara strategi-strategi kesantunan lisan ialah strategi langsung, strategi kesantunan negative, strategi kesantunan positif dan juga strategi tidak langsung.

d)      Strategi Kesantunan Penulisan

Antara strategi-strategi penulisan Brown & Levinson ialah strategi langsung, strategi kesantunan negatif, strtegi kesantunan positif dan juga strategi tidak langsung.