Monday 7 September 2015

Bab 3 Tutorial

Tutorial 3.1
      
      1.    Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep kesantunan Bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Sebagai seorang pelajar guru,saya akan tunduk dan memberi salam bukan sahaja semasa bertemu dengan pensyarah bahkan dengan tuan atau puan yang bekerja di Institut Pendidikan Guru. Selain itu,beratur semasa membeli makanan di cafeteria juga mesti dilaksanakan kerana guru mestilah mempunyai sikap bertoleransi dan sentiasa berdisiplin. Seorang guru mestilah sentiasa berfikir dengan rasional supaya tidak menimbulkan konflik dengan sesiapa sahaja.

      2.    Senaraikan lima jenis kesantunan verbal yang melibatkan guru dan murid-murid sekolah, kemudian berikan contoh dialog yang sesuai dengan menekankan aspek kesantunan verbal.

  • Memberikan salam dan senyum apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.
  • Menggunakan gelaran hormat semasa berjumpa dengan orang yang lebih tua
  • Sentiasa bercakap dalam intonasi yang mesra
  •  Janganlah bercakap perkataan yang kasar
  • Memakai pakaian yang formal dan sesuai sebagai seorang guru.


Tutorial 3.2

1.  Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan pelbagai jenis fungsi anggota badan yang terlibat dengan kesantunan bukan verbal.

...Gerakan anggota badan...


...Gerakan tangan...


...Gerakan mata...



Tutorial 3.3

1.  Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana kesepaduan bahan lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dengan penerima mesej.

...Gembira...


...Sedih...


...Marah...


...Curiga...


2) Berdasarkan hasil pembacaan anda, huraikan kesantunan lisan dengan merujuk kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

Dari segi kesantunan lisan di Malaysia, kita dapat lihat banyak contoh dalam pergaulan seharian rakyat. Contohnya, dalam keadaan formal, kita akan menggelar orang yang lebih tua sebagai Encik, Cik, Tuan, dan Puan. Dalam keadaan tidak formal pula, Pak cik, Mak cik, ataupun Kak digunakan untuk menggelar seseorang. Dengan memberikan gelaran ini, kita menunjukkan tanda kehormatan dan perbezaan kedudukan. Dalam istana, perkataan seperti Tuanku, bersiram, junjung kasih, dan lain-lain lagi telah digunakan untuk tujuan hormat. Setiap masyarakat di Malaysia akan membongkokkan badan dan mengatakan "Tumpang lalu" untuk meminta jalan apabila menganggu perbualan orang lain.


Tutorial 3.4

1) Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan jenis-jenis kesantunan bahan yang telah dipelajari.

...Kesantunan verbal...


...Kesantunan nonverbal...


...Kesantunan lisan...

...Kesantunan penulisan...


2) Nyatakan contoh-contoh kesantunan penulisan yang terdapat dalam bahan penulisan yang anda pilih.

Contoh 1 : Cerita Rakyat Bawang Putih
a) Berbudi pekerti mulia
b) Rajin
c) Suka tolong-menolong

Contoh 2 : Cerita Anjing Dengan Bangau
a) Sentiasa berbuat baik
b) Suka menolong orang lain
c) Tidak bersifat tamak


No comments:

Post a Comment