Monday 7 September 2015

Bab 6 Tutorial

6.1 Isu Pendidikan
1.  Kesantunan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid. Bincangkan ciri-ciri kesantunan yang perlu diamalkan berdasarkan petikan di atas.
Ciri-ciri kesantunan yang perlu diamalkan berdasarkan petikan di atas ialah nilai hormat-menghormati dan nilai rasional. Guru merupakan seorang insan yang mulia dan mencurah bakti tanpa rasa jemu. Pelajar-pelajar harus memahami watak yang dimainkan oleh guru dan menghormati mereka dengan sepenuhnya. Pelajar-pelajar tidak harus terikut-ikut dengan perasaan dan nafsu dan membelasah guru tersebut. Pelajar-pelajar tersebut mesti melakukan sesuatu yang melanggar peraturan sekolah ataupun melakukan sesuatu yang keterlaluan yang menyebabkan mereka ditegur oleh guru. Mereka harus menerima teguran dengan sikap keterbukaan supaya dapat memperbaiki kelemahan sendiri. 

2.  Kesantunan berbahasa perlu dikuasai oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru mampu mengawal tingkah laku muridnya. Bincangkan ciri-ciri kesantunan yang perlu diamalkan oleh guru bagi mengelakkan kejadian seperti petikan di atas.
Antara ciri-ciri kesantunan yang harus diamalkan oleh seseorang guru untuk mengelakkan kejadian seperti di petikan atas ialah sikap kesederhanaan. Apabila menegur pelajar-pelajar, kesantunan berbahasa juga mesti diambil perhatian. Pengggunaan bahasa yang keterlaluan akibat kemarahan akan menyebabkan pelajar-pelajar yang ditegur tidak sedap hati. 


6.2 Isu Media
1.  Ulas petikan di atas dengan mengaitkan dengan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Televisyen merupakan satu daripada alat elektronik yang menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Kita tidak boleh menafikan bahawa televisyen sudah menjadi satu bentuk komunikasi dan penyalur maklumat yang utama kepada rakyat jelata Malaysia sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Rancangan-rancangan dan program-program yang ditayang di televisyen telah memberi implikasi terhadap kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Wayang-wayang Barat barangkali mengandungi babak yang mengandungi unsur-unsur yang ganas ataupun lucah. Kanak-kanak dan remaja yang masih belum matang akan dipengaruhi oleh kata-kata yang diucap oleh watak-watak dalam wayang-wayang tersebut. Ini akan menyebabkan mereka mengeluarkan kata-kata yang kesat kerana mereka beranggapan bahawa kata-kata tersebut dapat menunjukkan kehebatan mereka. 

6.3 Isu Gejala Sosial 
1. Ponteng Sekolah


Cara mengatasi masalah-masalah ini:
1.      Ibu bapa harus mendidik dan memberi kasih sayang yang mencukupi kepada anak mereka
2.      Guru kaunseling harus memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar yang bermasalah
3.      Peraturan sekolah mesti diketatkan dan hukuman yang berat harus dijatuhkan kepada sesiapa yang didapati melanggar peraturan sekolah
4.      Pihak sekolah harus mengadakan aktiviti yang seronok untuk menarik minat pelajar
5.      Isu ponteng sekolah perlulah dibangkitkan semasa mesyuarat PIBG supaya pendekatan yang sesuai dapat dibincang bersama seterusnya dilaksanakan

2. Penyalahgunaan Dadah
Cara-cara mengatasi penagihan dadah yang lebih berkesan:
1.      Ibu bapa harus meluangkan lebih banyak masa dengan anak mereka
2.      Pihak sekolah harus mengadakan taklimat motivasi diri
3.      Pemantauan yang kerap dan berterusan
4.      Pihak polis harus kerap menjalankan operasi supaya boleh membanteras jenayah penyalahgunaan dadah dengan lebih efisien
5.      Kerajaan harus mengadakan kempen anti dadah
6.      Kerajaan harus membina lebih banyak pusat pemulihan supaya penagih dadah dapat memulakan hidup yang baru
7.      Penguatkuasaan undang-undang

Negara Malaysia telah menghadapi pelbagai masalah kerana banyak masalah sosial telah timbul umpama cendawan selepas hujan. Terdapat isu mat rempit, isu vandalism, isu gangsterisme dan pembuangan bayi.

1)      Anda telah membaca isu-isu gejala sosial yang telah melanda negara kita pada masa sekarang. Buat perbincangan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh negara pada masa akan datang sekiranya gejala sosial ini tidak ditangani dengan berkesan.

Antara kesan-kesan yang akan dihadapi dalam negara pada masa akan datang ialah negara tidak akan tenteram kerana terdapat banyak gejala sosial yang berlaku setiap hari. Rakyat tidak dapat hidup dengan aman dan damai. Dengan ini, pelaburan dari negara luar akan berkurangan atas sebab mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap negara kita lagi. Selain itu, bidang pelancongan turut menurun jika negara tidak berada dalam keadaan yang sejahtera.


2)      Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah sosial yang melanda generasi muda pada masa sekarang.
Pada pendapat saya, cara yang paling berkesan untuk menangani masalah sosial pada masa sekarang ialah penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat supaya rakyat akan serik dan tidak lagi melakukan gejala negatif. Di samping itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengatasi masalah sosial dengan menengahkan ajaran agama dalam jiwa anak-anak. Akhir sekali, kempen mesti dilaksanakan oleh kerajaan supaya rakyat dapat sedar akan kesan negatif masalah sosial.

6.4 Isu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
1. Buat perbincangan tentang penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Penyalahgunaan teknologi maklumat yang dapat dilihat dengan paling jelas ialah melalui jenayah siber. Jenayah siber merupakan satu bentuk jenayah yang merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
1.      Penipuan
2.      Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer
3.      Kecurian maklumat
4.      Pengintipan
5.      Penyebaran virus
Jenayah siber sukar dibendung kerana penjenayahnya sukar dikenalpasti dan biasanya akan dibiarkan sahaja. “Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana dan dari mana,” Michael A. Vatis dari FBI. Penjenayah siber biasanya adalah golongan elit yang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap teknologi dan IT.

No comments:

Post a Comment