Monday 7 September 2015

Bab 4: Peraturan Berbahasa

4.1 Jarak Sosial

          Jarak sosial merupakan keadaan di mana seseorang itu atau masyarakat yang berbeza tingkat peradaban dengan orang lain meskipun pada dasarnya berada dalam zaman atau masa yang sama. Dari sudut yang lain, jarak sosial juga dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya. Kemunculan jarak peradaban ini adalah kerana perbezaan dalam ilmu pengetahuan dan kemajuan yang dimiliki seseorang terhadap ilmu pengetahuan atau kemajuan orang lain.


4.2 Konteks Percakapan

          Konteks percakapan selalunya dilaksanakan untuk menganalisis wacana untuk memahami pemakaian bahasa. Penganalisis wacana harus mempertimbangkan konteks tempat terdapatnya bahagian sebuah wacana serta perlu mengetahui siapa penutur dan pendengarnya, waktu dan tempat ujaran itu. Ciri-ciri konteks percakapan dibahagikan kepada lapan jenis, iaitu penutur, pendengar, topik perbicaraan, latar, penghubung bahasa lisan dan lain-lain lagi.

          Selain itu, pendengar dan penutup semestinya terlibat dalam peristiwa percakapan ini. Mereka senantiasa dipanggil sebagai peserta. Perkara yang hendak dituturkan amat memudahkan orang lain untuk mengetahui latar belakang peserta. Contohnya,

'Kulitnya gebu sekali'.
Ujaran ini diucapkan kepada orang yang tidak sama membawa pengertian yang berbea-beza.


4,3 Tujuan dan Matlamat
           
          Tujuan dan matlamat peraturan percakapan juga berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri seperti bangsa dan etnik, agama budaya , usia, jantina atau kedudukan sosioekonomi. Kita harus meletakkan keutamaan tujuan percakapan dalam pergaulan harian dengan rakan-rakan. Sebagai tamsilan, jika kita hendak memberitahu sesuatu yang penting tetapi tidak segera kita perlu mencari masa yang sesuai untuk memberitahu orang lain.


4.4 Giliran Bercakap
            
          Masyarakat di tanah air kita, Malaysia amat mementingkan giliran bercakap. Cakap bergilir-giliran merupakan suatu adab yang amat baik dan mesti diamalkan oleh setiap orang. Orang-orang tua mestilah bercakap atau memberikan pendapat terlebih dahulu sebelum orang muda. Pengalihan topik mesti dilakukan secara halus dan santun agar tidak mengganggu proses percakapan yang sedang berlangsung. Selain daripada itu, mencelah percakapan orang lain juga sering terjadi dalam sesi perbincangan formal atau tidak formal. Biarlah mencelah dengan pendek sekadar untuk menyatakan sokongan atau persetujuan, bukan untuk merampas giliran pemilik percakapan itu untuk bercakap. Perkara yang sama tidak seharusnya diulang.


4.5 Memulakan dan Mengakhiri Percakapan

          Cara yang paling berkesan untuk membuka percakapan ialah dengan mengajukan pertanyaan. Percakapan akhir haruslah disudahkan dengan mengucapkan terima kasih.


4.6 Pemilihan Kata

          Ketika berkomunikasi, kita perlu merujuk pada norma-norma budaya, tidak harus sekadar menyampaikan idea yang kita fikirkan malahan pemilihan kata-kata yang diucapkan perlu dititikberatkan. Kita mesti mengetahui waktunya kita harus diam dan menamatkan percakapan. Semua ini akan menentukan kepribadian seseorang sama ada boleh memilih kata-kata yang sesuai ataupun tidak semasa bercakap.
          
          Dalam peraturan percakapan, ia juga berkait rapat dengan kesantunan bahasa. Sistem sapaan dan panggilan sentiasa melibatkan penggabungan gelaran rujukan hormat dan ganti nama. Biasanya sistem sapaan diberi perhatian khusu agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
            
          Dalam gelaran pergaulan bebas, 'cik', 'encik' biasanya digunakan untuk menggelar perempuan dan lelaki. 'Saudara', 'saudari' pula digunakan untuk merujuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan diri sendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli dalam perbahasan, mesyuarat dan sebagainya.
            
          Dalam gelaran warisan pula, keturunan orang-orang besar menggunakan gelaran seperti Megat dan Puteri bagi negeri Perak, Nik bagi negeri Kelantan, Wan bagi negeri Kelantan dan Tun bagi negeri Terengganu.
          
          Gelaran kurniaan pula, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk, Datuk Seri merupakan gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri.


No comments:

Post a Comment