Monday 7 September 2015

Bab 5: Strategi Kesantunan

5.1 Strategi Kesantunan Verbal
Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis. Biasanya dalam strategi kesantunan verbal, bahasa yang digunakan adalah amat penting. Bahasa halus harus digunakan sentiasa untuk memastikan kita bercakap dengan sopan santun dan lemah lembut. Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain dan juga sebagai tanda menghormati orang lain.



Selain menggunakan bahasa yang halus, kita juga harus menggunakan intonasi yang sesuai iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah, lembut dan sesuai. Kita mesti cuba mengelakkan situasi di mana kita menyindir ataupun mengucap sesuatu yang mengguriskan hati orang lain. Akan tetapi, kita tidak boleh bertutur dengan keikhlasan yang palsu. Setiap patah perkataan mestilah diucapkan dari hati.
Penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormataan atau kemuliaan kepada seseorang. Panggilan yang tepat juga dapat menobatkan status sosial seseorang. Contohnya, sekiranya seseorang itu pensyarah yang berpangkat doctor falsafah, adalah menjadi kesilapan besar sekiranya kita memanggil beliau dengan panggilan encik.

5.2 Strategi Kesantunan Nonverbal
Kesantunan Nonverbal atau bukan verbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan. Kesantunan badan mampu menunjukkan tahap keyakinan kita, personaliti dan status sosial seseorang individu.
Pergerakan badan yang sederhana juga memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan pendengar. Gerakan anggota badan kita mampu menyampaikan mesej yang akan difahami oleh orang lain. 





Mimik muka mempunyai pelbagai maksud yang tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi bukan lisan. Air muka sering menggambarkan emosi kita – gembira, sedih, kecewa, panas baran, syak wasangka dan lain-lain.

5.3 Strategi Kesantunan Lisan
Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978 : 1987): Setiap individu yang kompeten mempunyai air muku (face) and menyedari bahawa orang lain juga mempunyai air muka. Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam (public self image).
Strategi berinteraksi ini mengutamakan dua jenis air muka iaitu:
Air muka positif
Air muka negatif
Empat strategi kesantunan lisan Brown & Levinson
1.      Stragtegi Langsung
2.      Strategi Kesantunan Negatif/Formal
3.      Strategi Kesantunan Positif/Keakraban
4.      Strategi tidak Langsung


5.4 Strategi Kesantunan Penulisan
Menurut Brown & Levinson, strategi kesantunan penulisan melibatkan:
1.      Membuat andaian bahawa setiap individu:
2.      Air muka terbahagi kepada dua:

Empat strategi kesantunan penulisan Brown & Levinson:
1.      Strategi Langsung
2.      Strategi Kesantunan Negatif/Formal
3.      Strategi Kesantunan Positif/Keakraban
4.      Strategi tidak Langsung

No comments:

Post a Comment